Oh! Laporan akhbar Harian Metro berkenaan Proton P3-21A

Tuesday, 28 February 2012

print this page
send email


Sumber Terbaru : Proton P3-21A akan ditawarkan dalam dua varian, di mana model Executive juga dikatakan bakal dilengkapi enjin CFE dan CVT 6-kelajuan, manakala model Premium dengan enjin CFE dan CVT 7-kelajuan.


Harga Executive bermula dari RM65K, manakala harga maksimum Premium ditetapkan sebanyak RM75K. Pengumuman nama sebenar P3-21A akan diadakan pada 13 Mac, manakala pelancaran pada 15 atau 16 Mac 2012. Sama ada betul atau tidak maklumat ini, kita perlu menunggu sehingga salinan brochure didedahkan nanti, insyaallah.

Agak menarik laporan yang disiarkan dalam akhbar Harian Metro berkenaan model yang akan dilancarkan dalam masa terdekat ini, Proton P3-21A. Teruskan bacaan anda salinan laporan tersebut di sini;

P3-21A dijangka lancar Mac

PENGENALAN model baru keluaran Proton Holdings Bhd (Proton) yang menggunakan nama kod P3-21A bakal menjadi penanda aras baru kepada pengeluar kereta nasional dalam usaha menghasilkan kereta yang menepati ciri standard pengeluaran kereta global.

Model yang akan dijual pada harga di atas jalan raya (OTR) termasuk insurans antara RM65,000 dan RM75,000 itu ditawarkan dalam dua varian iaitu Executive dan Premium akan dilengkapi pelbagai ciri terkini serba lengkap, sama ada kelengkapan aksesori, utiliti, mahu pun ciri keselamatan bertaraf tinggi.

Selain dilengkapi enjin Campro 1.6 Liter Turbo (CFE) dengan tujuh kelajuan Pro-Tronic CVT3 (VVT) yang mampu menghamburkan kuasa maksimum 205Nm pada 2,000rpm, model itu turut lulus markah penuh lima bintang dalam ujian pelanggaran Program Penilaian Kenderaan Baru (NCAP) yang dijalankan wakil NCAP dari Australia.

Sumber automotif berkata, menerusi ujian perlanggaran pada kelajuan 140 km/j itu, bahagian ‘pilar A’ langsung tidak bengkok, terkesan atau sebagainya, sekali gus membuatkan cermin hadapan tidak berderai, tetapi hanya retak akibat kesan letupan beg udara sahaja.

“Kereta ini yang dibangunkan berdasarkan model konsep Tuah turut dilengkapi empat beg udara penumpang dengan suis beg udara hadapan boleh dihidup atau dimatikan untuk keselamatan jika bayi diletakkan ditempat duduk hadapan sebagai sokongan kepada ciri keselamatan standard seperti sistem kawalan kestabilan elektronik (ESC), kawalan cengkaman (TC) dan sistem brek antikunci (ABS),” katanya.

Difahamkan, model baru itu yang belum diberikan nama itu akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Kecemerlangan Proton di Subang Jaya, Selangor pada 16 Mac depan.

p/s : Ujian pelanggaran 140 km/j NCAP Australia? Proton P3-21A memang hebat.

No comments:

Post a Comment