Contoh strut bar depan dari model Volvo
Menurut sumber dari blog Proton-Sales (terima kasih bro Nazz), beberapa spesifikasi dan ciri-ciri Proton P3-21A didedahkan lagi. Antaranya ada yang menarik, tidak kurang juga dirasakan kurang sesuai dengan tema global yang cuba diketengahkan itu. Namun secara keseluruhan, Proton P3-21A pastinya tidak akan menghampakan kita semua yang sabar menanti pelancarannya Mac ini.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila teruskan bacaan anda di perenggan bawah;
- P3-21A ini didatangkan dengan 2 point ‘Front strut bar‘ yang memegang kedua-dua roda hadapan kereta. Strut bar ini berfungsi untuk mengurangkankan body roll ketika kenderaan berada di selekoh-selekoh tajam, sekaligus mengembalikan cengkaman pada kedua-dua roda tersebut keatas jalan raya.
- Sambungan boot/trunk di belakang tidak menggunakan sistem absorber seperti Persona, tetapi hanya menggunakan sistem seperti Saga. Kedua-dua sistem ini sama sahaja fungsinya dan tidak memberikan apa-apa perbezaan malah Honda City juga menggunakan sitem yang sama. Mungkin ini adalah salah satu cara untuk mereka menjimatkan kos supaya mereka dapat fokus kepada bahagian yang lebih utama.
- Oh! Kereta difahamkan bahawa tiada lagi lining Chrome di bahagian belakang untuk versi Premium P3-21A ini. Untuk kesemua versi lining tersebut akan di cat mengikut warna kereta.
No comments:
Post a Comment