Oh! Spesifikasi dan harga Chevrolet Colorado – kini dipamerkan di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur

Saturday, 10 March 2012

print this page
send email


Seingat saya trak pikap Chevrolet Colorado belum lagi dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia, namun jika anda berada di Lembah Kelang dan kawasan-kawasan yang terletak berdekatan, anda boleh menyaksikan sendiri pameran model tersebut yang kini sedang berlangsung di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur sehingga Ahad depan.

Laman Facebook Chevrolet Malaysia pula telah menyiarkan spesifikasi dan harga Colorado yang didatangkan dalam tiga varian iaitu 2.5L LT (Manual) dengan tanda harga RM88,888.00 (Estimated Price), 2.8L LT (Manual) dengan harga RM93,888.00 (Estimated Price) dan 2.8L LTZ (Auto) yang berharga RM103,000.00 (Estimated Price).




No comments:

Post a Comment