Toyota Racing yang berpengkalan di Toyota Motorsport GmbH (TMG) di Cologne, Jerman baru-baru ini telah mendedahkan jentera terbaru mereka untuk bersaing dalam perlumbaan FIA World Endurance Championship 2012.
Cabaran pertama akan berlangsung pada 5 Mei dalam perlumbaan Six Hours of Spa-Francorchamps, pusingan kedua FIA World Endurance Championship. Kemudiannya penyertaan diteruskan lagi dalam perlumbaan Le Mans 24 Hours pada 16-17 June. Untuk pusingan seterusnya, maklumat lanjut akan diumumkan kemudian.
Menariknya berkenaan pernyertaan Toyota Racing kali ini ialah penggunaan dua buah jentera TS030 HYBRID, menjadikan Toyota pengeluar automotif pertama yang mengesahkan penggunaan jentera hibrid dalam perlumbaan FIA World Endurance Championship. Powertrain THS-R (Toyota Hybrid System – Racing) direka untuk menghasilkan prestasi maksimum dan menampilkan enjin petrol aspirasi normal 3.4 liter V8 serba baru sepenuhnya yang digabungkan dengan sistem hibrid. Hebat kan....
No comments:
Post a Comment