Imej terbaru Aston Martin V12 Zagato

Tuesday, 14 February 2012

print this page
send email
Diperkenalkan sejak tahun lepas dan membuat kemunculan pertama di Frankfurt Motor Show 2011, Aston Martin telah mengeluarkan imej terkini model baharu Aston Martin V12 Zagato. Merupakan gambaran pertama dengan spesifikasi pengeluaran, ianya bakal dipamerkan kepada umum di Geneva Motor Show 2012 pada Mac depan.





Aston Martin V12 Zagato dilengkapi enjin V12 berkapasiti 6.0 liter, dengan kemampuan menghasilkan kuasa setinggi 517ps dan 570Nm tork maksimum. Pengeluaran pertama akan bermula pada suku ketiga 2012, diikuti penghantaran pertama ke tangan pelanggan pada suku ke empat tahun yang sama. Dengan jumlah pengeluaran terhad kepada 150 unit sahaja, harganya di pasaran Eropah ditetapkan sebanyak £330,000.

No comments:

Post a Comment