Kia Motors telah mendedahkan tiga keping imej lakaran pertama yang menunjukkan sebuah model sedan flagship serba baru, yang dijangka mewujudkan standard baru dalam rekaan segmen sedan bersaiz besar. Model dengan kod KH itu merupakan sedan pertama keluaran Kia dengan ciri pacuan roda belakang dan menggabungkan rekaan inovatif dengan ciri-ciri teknologi terkini.
Menurut Kia, model paling dinanti-nantikan itu bakal dilancarkan di pasaran domestik Korea pada separuh masa pertama 2012, tetapi tanpa sebarang perancangan untuk memperkenalkannya di pasaran utama Eropah dan tidak akan memasuki pasaran UK. Kia juga masih belum menetapkan tarikh sebenar pelancaran model itu di pasaran lain selain Korea.
p/s : Jangkaan saya model terbaru Kia ini juga akan memasuki pasaran Malaysia, mungkin selepas setahun atau dua tahun pelancarannya di Korea.
No comments:
Post a Comment