Oh! Geneva Motor Show 2012 – Ferrari F12berlinetta

Saturday, 10 March 2012


Model terbaru dari pembuat supercar terkenal Itali, Ferrari F12berlinetta telah diperkenalkan dengan rasminya di Geneva Motor Show 2012. Ramai yang teruja menantikan buah tangan terbaru dari Ferrari itu, akhirnya apa yang dilihat benar-benar tidak mengecewakan. Ferrari F12berlinetta dikuasakan enjin V12 6.2 liter yang menghamburkan kuasa kuda setinggi 730hp dan tork maksimum 690Nm. Saksikan galeri imej ‘live’ F12berlinetta dari Geneva.

Continue Reading...

Oh! Ferrari California 2012 baharu



Di Geneva Motor Show 2012, Ferrari telah mempamerkan versi terbaru model Ferrari California 2012, dengan pengurangan berat sebanyak 30 kg dan peningkatan kuasa sehingga 30 CV. Enjin GDI V8 pada model itu kini menghasilkan kuasa 490 hp dengan tork maksimum 505Nm pada 5,000rpm, terima kasih kepada manifold ekzos dan pemetaan enjin terbaru.

Continue Reading...

Oh! Spesifikasi dan harga Chevrolet Colorado – kini dipamerkan di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur



Seingat saya trak pikap Chevrolet Colorado belum lagi dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia, namun jika anda berada di Lembah Kelang dan kawasan-kawasan yang terletak berdekatan, anda boleh menyaksikan sendiri pameran model tersebut yang kini sedang berlangsung di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur sehingga Ahad depan.

Laman Facebook Chevrolet Malaysia pula telah menyiarkan spesifikasi dan harga Colorado yang didatangkan dalam tiga varian iaitu 2.5L LT (Manual) dengan tanda harga RM88,888.00 (Estimated Price), 2.8L LT (Manual) dengan harga RM93,888.00 (Estimated Price) dan 2.8L LTZ (Auto) yang berharga RM103,000.00 (Estimated Price).
Continue Reading...